Wednesday, October 19, 2011
Tiga Huruf - Part 1
E.G.O
Kanser umat masa kini....
Di antara penyakit yang paling sukar diubati di kalangan umat Islam kini ialah penyakit 'ananiyah' yang membarah di dalam diri.
Ananiyah (aku dan keakuan) adalah penyakit hati yang lebih mementingkan urusan atau kepentingan peribadi dan tidak peduli dengan kepentingan orang lain.
Mereka melihat sumbangan orang lain hanya dengan sebelah mata dan dan mengambil tindakan yang biasanya hanya didorong oleh kehendak nafsu (egois).
Ada yang ananiyah dengan pendapat dan kehebatan diri sendiri, ada yang ananiyah dengan kumpulan dan jamaah sendiri, ada yang ananiyah dengan keturunannya dan pelbagai bentuk yang lain.
Yang lebih bahaya apabila menganggap seolah-olah bahawa hidayah itu adalah miliknya, hanya amalannya atau kumpulannya yang terpuji dan seolah-olah hanya sumbangannya yang paling hebat.
Ananiyah sering menimbulkan sikap permusuhan di kalangan umat islam dan sikap permusuhan itu tentunya sangat dibenci Allah swt.
Ingatilah firma Allah swt yang bermaksud :
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” [Surah Luqman, ayat 18]
Semoga kanser yang membarah di dalam jiwa umat ini diubati dengan sifat 'itsyariyah' iaitu rasa kebersamaan, kepekaan sosial di dalam pergaulan seharian sehingga kita akan mendahulukan kepentingan ummat atau masyarakat walaupun kadang-kala ianya memerlukan pengorbanan dari dirinya.
Ya Allah, ubatilah jiwa kami dan umat ini dengan sifat-sifat mahmudah...
—
Dr Zainur Rashid Zainuddin FB
0 comments:
Post a Comment