- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah dengan menangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.
Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat
Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat
- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.
Sibukkan diri
Sibukkan diri
- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.
.
.
0 comments:
Post a Comment