Kadangkala dalam hidup kita TAK pernah sedar bahawa Allah dah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna.
Namun aku pasti, ramai yang sedar Allah akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita. Adakah kita bersyukur dengan apa yang kita dapat ini?
Apakah kita hargai setiap yang kita dapat ini sebagai satu nikmat?
Lupakah kita benda yag kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah dah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu adalah sebaik-baik perkara yg bersesuaian dengan fitrah diri kita.
Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang?
Segala sudah diatur rapi, kerana dgn kebesaran Allah s.w.t…
kita TAK pernah ada istilah kebetulan ataupun bernasib baik dalam hidup.
Semuanya adalah ketentuan Allah mengikut kemampuan kita masing-masing.
Setiap sesuatu itu adalah ujian bagi orang-orang yang beriman......
~ ♥ ~ Sentuhan Qalbu ~ ♥ ~
0 comments:
Post a Comment