Dalam duk usha2 mencari isu pasal SABAR, ini yang ay jumpa , ini yang ay nak share dengan semua...
jom baca...^_^
~~~~~
Apa itu Sabar?
Dari segi bahasa sabar bererti menahan atau mengekang.
Dari segi praktiknya pula, sabar bererti menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.
Lawan kepada sifat sabar adalah sedih dan keluh-kesah.
Sabar itu cukup indah.
Tetapi di manakah keindahan itu?
Bukankah untuk bersabar begitu sukar?
Ya, bukannya mudah untuk tersenyum ketika ditimpa musibah, dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah.
Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan, apakah kita mampu tersenyum?
Mengapa yang sukar, pahit dan pedih itu dikatakan indah?
Sabar ialah hati yang tenang, lapang dan tenteram adalah apabila hati hamba itu hanya mengadu kepada Pencipta-Nya tatkala berdepan dengan ujian dunia.
Mungkin hati yang sebegitu belum kita miliki, namun itulah hati yang menjadi idaman dan perjuangan untuk mendapatkannya.
Ya semoga kita terus bersabar dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin keindahan bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan.
Jalan menuju sabar yang indah itupun sudah indah! Alhamdulillah.
-petikan dari Ketua Editor Solusi
Sabar itu ganjarannya syurga.
Dan dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga.
Sesungguhnya…
Marah Itu Mudah.
Sabar Itu Indah.
SABAR ya sayang...
0 comments:
Post a Comment