Friday, March 16, 2012

Renungan 1

Kekadang masnusia selalu mengeluh apa yang diusahakan atau apa yang dihajati tidak dapat. Malahan ada yang lebih mengeluh apabila hajat tidak kesampaian setelah berdoa dan bermunajat kepada Allah. S.w.t. . Sebenarnya dalam hal ini Allah s.w.t lebih mengetahui. apa yang baik apa yang tidak baik.. Andainya apa yang kita idamkan kita dapat pada masa ini, mungkin itu mendatangkan keburukkan pada kita.. atau sekiranya kita tidak dapat apa yang kita idamkan kerana Allah akan memberikan lebih baik pada masa akan datang dari apa yang kita idamkan dan hajati pada masa ini. Pada masa itu baru kita sedar (kalau kita sedar) kenapa Allah tidak memberikan pada waktu sebelum ini.

Apa yang penting kita hendaklah sentiasa berdoa untuk apa yang kita hajati..dan yakin ianya akan dimakbulkan ..samada lambat atau cepat..dimakbulkan atau tidak ianya hak Allah s.w.t..kerana Dia lebih mengetahui apa yang baik atau tidak untuk kita... Allah amat mengasihi kepada hambaNya..cuma manusia tak sedar.

0 comments:

Post a Comment