Friday, March 16, 2012

kata-kata buat renungan pada kawan-kawan semua

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupunhanyasekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalahiman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalamkenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalupenting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembalikepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta adakekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dankeamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa iaakan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalamkehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi denganbanyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak adainsan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daribatu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak sepertisutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yangtingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalumengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akalmengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukankebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjungsehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akanberkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.Olehitu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang MahaBerkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau punkamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusiaitu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tuauntuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mataterbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapatberteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanyalayak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripadamelaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itukadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semuaakan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebiskegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlahuntuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yangdiimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yangsetia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorongimpian.Sahabat berhati mulia membawa kitake jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membacakerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa keranatertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir keranaberfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal keranaberamal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda keranabersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yangmengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya denganiman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yangbersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kitawalaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; LidahnyaSelalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan(Terhadap Dosa);

Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat BerbandingDunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikandibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah muliadan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskanperasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapikata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala bolehmenjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialahmenerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah mengujiketeguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikutkehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :Kepada kawan - KesetiaanKepada musuh - KemaafanKepada ketua - KhidmatKepada yang muda - Contoh terbaikKepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.Kepada pasangan - Cinta dan ketaatanKepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosimerupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidupseperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Makaberlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yangmenentukan,

Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yangditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat danorang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat ygtelah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda ygdiwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjamandan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akanmenjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akanmempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinyasendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkanorang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnyakita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapikita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apayang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjaditerhebat.Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yangtertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yangberkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagaipeluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semulake pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambutkesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datangdari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidakmelakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasamelakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apajua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan



0 comments:

Post a Comment