*Cakap dengan ikhlas daripada apa yang hati kecil anda kata. Jangan berpura-pura.
*Biarlah bersusah payah sedikit untuk kebahagiaan dan kemudahan kawan.
*Jangan sakitkan hati orang lain.
*Jangan mendedahkan kelemahan individu lain di khalayak ramai.
*Jangan memalukan orang lain. Kalau anda menutup malu orang lain di dunia, nanti di akhirat Allah akan menutup malu anda.
*Jangan menyusahkan orang lain.
*Jangan suka meminjam wang dan barangan orang lain. Kalau terpaksa juga, pulangkan dengan segera.
*Selalu beri hadiah kepada orang lain, walaupun yang kecil dan murah harganya.
*Beri pujian kepada kawan yang layak dipuji. Jangan sekali-kali berpura-pura memuji kawan yang tidak layak dipuji.
*Jangan mementingkan diri sendiri.
*Balas hadiah yang diberi kawan dengan hadiah yang lebih baik atau lebih tinggi nilainya.
*Selalu membelanja kawan, jangan cuma selalu memakan belanja kawan.
*Bersedia untuk menerima tetamu di rumah. Beri kemudahan dan keselesaan yang terbaik untuk tetamu.
0 comments:
Post a Comment