Salam semua……nak dengar satu kisah tak….kisah sedih yang terjadi diantara antara dua orang insan yang bergelar perempuan dan lelaki…..kisah ini terjadi pada 1.1.2011….kisah bermula begini…. Ada sepasang kekasih….si lelaki dan si gadis sudah lama tidak berjumpa…maklum lah..mereka sudah lama tidak bertemu…..si lelaki sibuk dengan tugasnya dan si perempuan pula duduk jauh di kampong kerana bercuti semester……dan sebelum ini sibuk belajar di ipta…..
Maka setelah lama tidak berjumpa..akhirnya si lelaki mengambil keputusan untuk datang ke rumah si gadis walaupun jarak sangat jauh kerana mereka tinggal di berlainan daerah……
Si lelaki hanya menaiki motor dan sanggup meredah jarak jauh perjalanan kerana cintanya pada si gadis…walaupun hari sudah mula hujan namun si lelaki i tabah meneruskan perjalanan… Alhamdullilah dengan izin allah si lelaki sampai jua ke rumah si gadis….maka si gadis melayan si lelaki dengan baik sekali……namun sedang rancak berbicara dan berkongsi cerita..tiba2 suasana bertukar menjadi tegang…mereka telah bergaduh kerana hal yang kecil ..semuanya bermula dari cemburu…
Si gadis cuba menenangkan perasaan si lelaki namun tidak Berjaya…..si lelaki berasa tercabar kerana selama ini dia telah banyak memberi peluang kepada si gadis…si gadis terus meminta maaf dan menerangkan salah faham tersebut…namun si lelaki tidak mahu dengar… Hujan di luar rumah semakin lebat…..bunyi guruh semakin kuat…suasana bertukar muram seolah2 memahami pergolakan sepasang kekasih yang telah 3 tahun bersama……
Tiba dalam keadaan hujanlebat itu si lelaki lantas keluar rumah…memecut motor….meninggalkan si gadis yang terkejar2 dalam kehujanan itu…namun sia2….si lelaki lebih pantas memecut motor… Si gadis terus menangis dalam hujan lebat itu….sedih…tapi bukan sedih di tinggalkan dalam hujan tapi sedih kerana risau kan keadaan lelaki itu yang meninggalkan nya dalam kedadaan marah, memecut motosikalnya dengan laju…..dalam keadaan hujan lebat begitu…..macam2 bisa terjadi..dan si gadis tidak mahu membayangkannya….
Keluarga si gadis…pantas mendapatkan si gadis dan menenangkanya…..namun si gadis tetap menangis…hatinya berdebar2…hujan tidak berhenti… malah turun mengiringi air mata si gadis…sekelipmata kegembiraan yang berbulan2 di tunggu menjadi air mata dalam sekelip mata…. Si gadis tidak henti2 mendail no lelaki itu…..namun tiada jawapan…sms yang di hantar juga tidak berbalas…namun si gadis tetap berusaha….sehingga mendapat jawapan..namun hampa…hujan makin lebat….dan hari semakin gelap…..si gadis trus mencuba namun tiada jawapan…..malah ketika si gadis menaip luahan ini belum ada berita daripada si lelaki….
Tiba2….sedang si gadis sedih menanti jawapan..tiba2….hp nya berbunyi…….Ya allah ….hampir pengsan si gadis menerima berita si lelaki telah meninggal dunia akibat bertembung dengan lori…..seluruh tubuh lemah tak bermaya….baru tadi mereka bertemu…ketawa…bercanda…kemudian bergaduh besar…..lalu sekarang berita kematian si lelaki yang di terima…..
Lebih menyayat hati…si lelaki yang cedera parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian….asyik menyebut nama si gadis…. Si gadis terus menangis….hampir meraung…walau di tenangkan oleh keluarganya….namun sebanyak manna pun tangisannya…sekuat mana pun raungannya….yang pergi tetap tidak kan kembali……yang mati tidak mungkin hidup kembali…….
Dan tarikh 1.1.11 terus di ingati……..pembukaan tahun yang dimulai dengan kegembiraan awalnya namun di sudahi dengan tangisan akhirnya…..
*********
Moral of the story….Jika ada salah faham selesaikan lah dengan cara yang terbaik… jangan buat tindakkan yang terburu2 yang akan membuat kita mnyesal… dan yang paling penting… Jujur dalam setiap perhubungan kita tidak kira lah dalam persahabatan….percintaan….perkahwinan…hatta kekkeluargaan sekalipun…. jangan sesekali sakiti hati orang yang kita sayangi dan cintai….
kerana jika hati mereka di sakiti…sukar untuk di ubati…. please hargai orang kita sayangi dan cintai sementara masa mereka masih hidup….. sementara kita boleh melihat mereka…mendengar suara mereka…. berkata2 dengan mereka….kerana sekali mereka pergi meninggalkan kita… tak mungkin mereka akan kembali walau air mata darah sekalipon yang kita keluarkan….
0 comments:
Post a Comment