Thursday, January 5, 2012

Sebelum kau HALAL bagi ku -2

Bila aku mencintaimu kerana sifatmu yang ceria,Menjadi semangat yang menyala dalam hatiku,Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,Bila keceriaan itu kelam dirundum duka..Seberapa muram cintaku padamu akan ada..??

Bila aku mencintaimu kerana kecantikkanmu,Meredupkan pandangan dimataku
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,Saat kecantikkan itu memudar di tempuh usia..Seberapa pudarkah kelak cintaku padamu....??

Bila aku mencintaimu kerana keramahanmu,Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu,Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka...Seberapa mampu cintaku memendak praduga...??

Bila aku mencintaimu kerana cerdasnya dirimu,Membuat ku yakin pada setiap pekerjaanmu,Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,Disaat sifatmu yang manja menjengah..Seberapa besar cintaku padamu untuk dibanggakan...??

Bila aku mencintaimu kerana sikap egomu,Menambatkan rasa kagumku pada utuhnya pertahananmu,Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,Andai tembok keegoan itu berjaya ku runtuhkan...Seberapa kuat cintaku yang tinggal...??

Bila aku mencintaimu kerana pengertian yang kau berikan,Menumbuhkan,ketenangandengan kepercayaan yang kau tanam,Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,Kelak pengertian itu ditelan ego sesaat...Seberapa banyak mampuku mengerti cinta ini...??

Bila aku mencintaimu kerana luasnya kesabaranmu,Menambah dalamnya rasa cinta
Semakin ku mengenalmu,Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,Mungkin kesabaran itu mencapai,Batasnya suatu hari nanti...Seberapa besarkah cintaku mampu memaafkan...??

Bila aku mencintaimu kerana keteguhan imanmu,Bagai siraj yang benderang mengantarkan cahaya,kemudian aku bertanyakan diri sendiri,Kala iman itu jatuh merundum.....Seberapa berkurang akhirnya cintaku padamu...??

Bila aku mencintaimu kerana engkau yang Telah kupilih sebagai cintaku
Yang kan kupegang sepanjang hayat,Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Saat hati ini tergoncang....Seberapa mantapkah cinta ini untuk tetap setia...??

Biarpun sejuta alasan Tetap tidak mungkin cukup Membuat cintaku tetap bersamamu Melainkan jika aku mencintaimu kerana Illahi
Kerana Dia kan selalu ada Untuk menjaga keutuhan cinta ini Hingga kelak ku tak mampu lagi Mencintaimu...Kerana cintaku... Berpulang kepada-Nya..

0 comments:

Post a Comment