Berjalanlah…
teruskan perjalananmu…
Redahlah onak duri dihadapanmu
usah kau hirau pada sakit yang menyentap jiwamu kerana cinta
usah kau peduli pada susahnya jalan yang kautempuhi
kerana itu memang jalanmu
kerana itu memang pilihanmu
Sakit itu hanya di dunia fana
sakit itu hanya sekelumit cuma
Engkau punya matlamat
engkau punya prinsip
maka bawalah ia walau susah mana sekalipun
Engkau yakin bukan, bahawa jalan yang kaupilih
merupakan jalan yang benar?
engkau yakin bukan , bahawa engkau di pihak yang benar?
engkau juga yakin bukan, bahawa hidupmu adalah untuk mencari redha-NYA?
Duhai hati berjiwa cinta mujahid & mujahidah,
Luruskan hatimu
bulatkan tekadmu
kuatkan azammu
yakinkan dirimu
bahawa Allah itu ada bersamamu
Ya..ALLAH ITU ADA..
Semaikan rasa sabar
pasakkan tiang ikhlas
kuatkan semangat jihad
insyaAllah, moga dikau istiqamah
pada jalan ini
“Tidak Allah menguji seseorang hamba, melainkan hambaNYA itu mampu menghadapinya”
0 comments:
Post a Comment