Monday, November 14, 2011

Cintaku sepi~

Maafkan aku cinta
kerana membiarkan kau hilang sejuta rasa
membiarkan sepi menjadi gerhana di hati
tapi pesanku berkali-kali
jangan pernah kau pergi tinggalkan aku
tidak sekali
takkan pernah aku lepaskan kau

aku tahu
sepi kini semakin melarut di hati
dan satu demi satu
leburkan sisa-sisa resah
lantas memenjarakan jiwa
hanya sunyi yang membias rasa

walau apa pun terjadi
aku dan kau saling menemani
biarpun sepi
walaupun aku terdiam seribu bahasa
kau masih ada bersama

percayalah padaku cinta
aku takkan biarkan kau sepi lagi
hanya takdir dan waktu akan menitiknoktahkan
tentang kehadiran
waktu itu biarkan angin menyapu sepi
membawanya terbang bertemu awan
dan ketika itu
cintaku takkan sepi lagi...

InsyaAllah...






0 comments:

Post a Comment