Friday, July 8, 2011
Future;Past;Present
Hari ini kerana semalam.
Segala yang anda lalui pada hari ini adalah hasil dari pilihan yang anda pilih semalam dan masa lalu
Segala yang berlaku, samada dalaman dan luaran, semuanya bermula dari sebuah keputusan yang anda lakukan pada masa yang lalu.
Sebagai contoh:
Event: Anda diberikan bonus RM400
Response: Anda membelanjakan bonus tersebut untuk berhibur pada malam semalam
Outcome: Duit habis begitu sahaja
Event: Anda diberikan bonus RM400
Response: Anda menyimpan dalam akaun pelaburan Islam
Outcome: Aset nilai wang anda semakin bertambah
Cuba kita memahami contoh diatas. Mudah untuk difahami.. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengawal 3 benda dalam hidup anda
1. Mengawal pemikiran dalam membuat keputusan
2. Mengawal gambaran dalam minda anda
3. Mengawal segala tindakan anda
Bagaimana anda mengawal 3 perkara diatas akan menentukan corak kehidupan anda pada hari esok. Jika anda tidak menyukai perkara yang buruk berlaku pada masa hadapan anda, mulakan langkah anda sekarang juga. Ubah masa hadapan dengan mengubah response anda pada saat ini. Ubah tanggapan negatif kepada tanggapan positif. Ubah minda, ubah gaya, ubah percakapan dan ubah tingkah laku kita seharian. Semoga berjaya =)
kredit ; jomshareFB
0 comments:
Post a Comment