Tuesday, July 12, 2011

Dugaan Kehidupan





Dalam kehidupan kita nie, selagi nyawa masih dikandung badan, selagi mata kita belum lagi tertutup buat selamanya, pasti kita akan menempuhi pelbagai dugaan dan cubaan dari pelbagai sudut. Dugaan dan cubaan nie kadangkala boleh dalam bentuk kesusahan dan kesenangan...

Salah satu penawar atau pun ubat yang Ay nak bagi buat korang semua untuk menghadapi kepada dugaan dan cubaan kehidupan nie adalah sifat SABAR. Walaupun dugaan yang kita hadapi tue sangat berat, sentiasalah bersabar, kerana sabar itu adalah separuh dari iman...

Jika kita sentiasa bersabar di atas dugaan hidup ini, pasti jiwa kita akan sentiasa tenang dan tabah. Ketenangan tue pula amat penting untuk  mencari jalan untuk menghadapi cabaran itu. Ganjaran bagi kesabaran tue pula adalah kejayaan yang pasti akan membuat kita gembira dan akan membuat kita tersenyum...

Pesanan Ay untuk diri sendiri n others,
bersabarlah dalam menghadapi dugaan kehidupan ini, kerana akan muncul sinar disebalik kesabaran itu...

0 comments:

Post a Comment