Tuesday, May 31, 2011

Patutla - Istiwa Matahari

Hari Sabtu lepas, abah ays ada suruh ays tunggu pkul 5.15 untuk check arah kiblat. Ay ingatkan ada orang dari masjid ker nak datang nak betulkan arah kiblat ker ape ker, apa rupa-rupanya time itu adalah...(refer info di bawah)...abah nak check sendiri rupanya dengan bantuan ays tp ays xdapt tolong coz ays kena pergi mengajar budak-budak training TKDO. Sorry ekk abah ty xdpt tolong. Bukan sengaja pun & abah pun tak bagitau the reason abah nak mintak tolong ty, at least ty boleh jugak tahu kan ape yang ty tak tahu & now ty dah tahu sebab ape. Thanx to http://denaihati.com for the info...


Sampai kat dalam rumah abah update balik position arah kiblat dalam rumah, berubah sikit jer daripada sebelum ni, dalam 2@3 inci serong, mungkin dalam 5-10 degree  jer kot, im not really sure about that.Sorry..tp yang pasti, sekarang arah kiblat memang mengadap ke arah Kaabah. Kena Yakin. Betol x. Betol..betol..betol...(^_*)v


(Ty; panggilan manja family dirumah+sanak saudara...ehehe...) ...
______________________________________________________________


Tarikh 28/5/2011 jam 5.16pm adalah waktu berlaku fenomena unik Istiwa Matahari di atas Kaabah waktu kedudukan matahari tepat di atas Kaabah. Ketika ini matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita. Setiap tahun pada tarikh 28 Mei jam 5.16pm dan 16 Julai jam 5.28pm kecuali untuk tahun lompat pada tarikh 27 Mei jam 5.16pm dan 15 Julai jam 5.28pm waktu berlakunya fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah.


KAABAH - KIBLATKU

Menjelang tarikh dan masa tersebut, kita hanya perlu bersedia dengan peralatan yang paling ringkas – tongkat atau tiang tegak yang disinari cahaya matahari, dan jam yang telah diselaraskan dengan waktu piawai Malaysia (hubungi talian 1051 untuk membetulkan jam anda). Anda juga boleh menggunakan sisi dinding, tingkap atau pintu yang tegak dan boleh menghasilkan bayang yang lurus. Cara yang lebih lengkap boleh diperolehi di Falak Online.
Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 190-191 yang maksudnya :
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal”"(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka“.
Itulah KEAGUNGAN ALLAH SWT. Selangkah kita mencari ALLAH SWT 10 langkah ALLAH SWT dekat kepada kita. Walaupun terlepas untuk tarikh 28/5/2011 masih ada sekali peluang iaitu pada 16/7/2011 jam 5.28pm.


JANJI orang

Aduhai ... sungguh ku benci dengan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Aku tak suka la nak marah-marah orang yang lebih dewasa daripada aku ni. hurmmm...Kenapa Ay macam ni ya??..kerana hal yang berkaitan dengan kerja. Ay malas sangat-sangat nak marah-marah. Hari ini pada waktu tengahari sepatutnya my contractor office pergi ke satu site ni  untuk selesai kerja-kerja akhir tapi janji sekadar janji, dahla dah banyak kali janji. 


Benci betul aku dengan orang yang janji tp mungkir janji, dahla aku ni orang yang pegang janji dan orang yang pegang dengan masa, kalau dah janji masa itu, masa itu jugaklah akan Ay tunaikan, InsyaAllah kalau tak ada aral melintang. Ini tak, contractor itu asyik duk berjanji jer. Sabar jerlah. so, Sekarang terpaksa delay lagi untuk siap kan projek tu. Tinggal sikit sangat jer lagi. Kalau lah tak dapat nak pastikan bila atau dapat atau tak dapat nak buat, tolong jangan berjanji, dah la aku terpaksa deal n berjanji plak dengan client. Dahla client tu seorang DOCTOR. aduyai....hurmmm...bengang la wey kalau asyik jadi camni. Fed-up tau. 


Tahukan kamu, bila kamu berbuat janji kamu perlu tepati?
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Hohohooo kan dah jatuh kepada Ciri² Orang Munafik !! Tapi ramai yang tak endah tentang hal ini..lebih suka ambil mudah semua perkara..dah la tak menepati janji..bagitahu pun tak di saat akhir..kesudahannya yang menunggu ni penuh dengan harapan..itu kalau yang nak terus menunggu..kalau yang jenis sumpah seranah..memang berbakul dah kena sumpah seranah..hey..tambah satu lagi dosa....jadi nak salahkan siapa??

Semua benda ada jalan penyelesaiannya kan. Kalau tak dapat nak buat kerja tu, Explain la baik-baik, cakap or call balik n beritahu apa masalah yang berlaku. Ini tak, diam membisu. Bila call,  letak blik, pastu call blik then after that OFF phone terus!!!.. Memang bikin orang HOT la, lagi-lagi kalau perempuan yang tengah datang bulan, memang kena SOUND habis-habisla...hahaha...memang menyusahkan orang betol la. Jangan salahkan orang lain pulak kalau pihak kami cari contractor lain kalau dah orang mula pandang serong dengan perbuatan anda. Sendiri mahu ingat la yer...huhuuu...

Ay sangat-sangat berharap lepas ini , dah takder dah perkara macam ini akan berlaku. HOPE SANGAT. hurmm...


HARAP SUDAH....


"Harap Sudah" -  Ayat yang paling ay benci. memang benci giler. Kalau dengar , lepas tuh memang ay menyirap.


Tolong lah, jangan lah anda berjanji kalau tak pasti untuk apa jua keadaan yang anda terpaksa buat or lalui. Cuba untuk tidak berjanji kalau dah pasti anda tidak dapat langsaikan dan jangan lah juga memberi harapan yang menggunung tinggi nye. Itu memang cari mautla. Sendiri paham la kan...hehee...Apa-apa pun kalau dah janji tu, TUNAIKAN LAH JANJI anda dengan usaha yang betol usaha. MAKE IT. OK...Tak ada sesiapa pun yang suka kalau janji itu diingkari. Kalau ada , mungkin orang itu ada masalah mental kot...hehehe....


Percaya atau tidak Once kita pernah mungkir janji, mungkin ada orang lain pulak yang mungkir janji dengan kita dan kita pulak maki hamun org yang mungkir janji itu. Pernah tak kita terlinta yang kita pernah mungkir janji jugak ? dan orang yg kita mungkir janji itu pun beriaksi sama macam reaksi kita bila kita mungkir janji. Pernah terfikir tak??...FIKIR-FIKIRkanlah...Apa yang ay cakap ni, di tuju untuk pedoman ay juga. Moga-moga ay fikir balik kalau nak berjanji or apa-apa yang berkaitan dengan buat JANJI.


Allah SWT berfirman, “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya“ (An-Nahal : 91). “Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya“ ( Al Isra 34 ).



Mata seorang Photography

Ay minat dengan Photography , suka suki jer. n ay suka ambil gambar, tak kira gambar apa pun , yang pasti gambar yang ay ambil tuh biasa nya perkara yang buat ay tertarik untuk snap...Biasa la tuh kan...ehehhe...

Tapi kesemua gambar di bawah ini bukan hak milik Ay. ni ay kongsi untuk tatapan diri sendir dan untuk semua yang follow blog ay ni. hehee...Gambar-gambar ini juga membuatkan ay menjadi lebih berminat untuk belajar shoot yang mantop macam shoot di bawah ni semua...Mantop kan???...hehehe...

so, lets enjoy all those picts...












































All those photo from; Creative Photography by Craig Easton.




Monday, May 30, 2011

8 Tip Mudah Untuk Berjaya Dalam Diet


Sejauh manakah kesediaan atau pengetahuan anda tentang diet yang sedang anda lakukan sekarang? Jika ya, perlu anda ketahui bahawa perkara asas yang perlu anda lakukan ialah memberi fokus kepada makanan yang anda ambil setiap hari di dalam plan pemakanan atau diet anda ini. Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.
1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda. Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.  
2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.  
3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya? Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini. Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.
Untuk belajar cara-cara mengira kalori-kalorie anda, cubalah layari laman web iluvislam.comataupun layari kevinzahri.com.
4. Lengkapkan Dengan Protin
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya. Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda. Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.
5. Jadualkan 'Cheat Day'
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul. Dengan menjadualkan 'Cheat Day' ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk 'Cheat Day' dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.
6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.
7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira. Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya. Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak. Setiap usaha pasti akan diiringi kejayaan. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri anda.

its time for NORA ELENA

Siapa plak NORA ELENA ni??...tak pernah-pernah ay sebut pun, tetiba kuar nama NORA ELENA la plak...
ehhehe...actually, Nora Elena adalah tiutle untuk satu drama ni, yang tgh ditayangkan di TV3, dalam SLOT AKASIA, waktu tayangan plak pada pukul 7.00pm - 8.00 pm, Isnin - Khamis...Best citer ni, ini pandangan ay la, pandangan orang lain ay tak tahu plak. Cerita ini sebenarnya berdasarkan pada novel KASIH YANG SUCI.


Barisan pelakon utama dalam drama ini ialah Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.


Siti Saleha sebagai Nora Elena


Aaron Aziz sebagai Seth Tan
SINOPSIS NORA ELENA

Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu. Drama arahan Jet Li itu berkisar tentang kehidupan seorang perempuan bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang sentiasa dibayangi detik hitam dia dinodai seorang lelaki yang bernafsukan binatang.


Selepas 10 tahun berlalu, Nora akhirnya berjaya menyingkirkan memori pahit itu setelah bertemu cinta hatinya, Idham (Zul Ariffin). Rancangan membina rumah tangga bersama Idham dilanda badai apabila Nora mula rapat dengan majikan Idham, Seth Tan (Aaron Aziz).

Cemburu mula menguasai Idham lantaran salah faham yang timbul dan sekali gus membuat keputusan membatalkan perkahwinannya bersama Nora. Tindakan drastik Idham membuatkan Nora benar-benar terpukul dengan keadaan yang dialami dan secara tidak langsung mengundang kembali kisah silam yang telah lama dibuang jauh.


Dugaan demi dugaan menimpa Nora serta pelbagai cemuhan terpaksa ditelan walaupun cintanya terhadap Idham sememangnya tulus dan ikhlas. Di kala itu, Seth menghulurkan tangan dan menawarkan diri sebagai pengganti Idham dalam hidup Nora. Seth bersedia menghilangkan penderitaan Nora dengan mengahwini Nora.

Sejauh mana kejujuran Seth dan terleraikah persoalan siapakah yang menodai Nora satu ketika dulu? Semuanya bakal terjawab dalam drama meruntun jiwa yang turut dibintangi Erry Putra dan Puteri Fateen itu.



Jangan lupa menyaksikan drama Nora Elena yang kini setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.


(^_^)v...jommm kita layan NORA ELENA...





Jenis2 ikatan kasut

Kali ni ays post something yg lain sikit ...hehee...just for sharing n reference for myself...
Rupa-rupanya ada macam style ikatan tali kasut ni, dulu ays mai ikat biasa-biasa jer...pernah la jugak try itu ini, tp tak menjadi, last-last maintain jer dengan style ikatan yang selalu guna...heehhe...so, kali ni dah boleh try macam-macam cara untuk ikat tali kasut...korang pun boleh cuba...macam-macam ada...

Lets enjoy it...













Kredit to blogserius (klw xsilap) xingatla...heheheee...=p