Ada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bernama Abu bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG.
Abu : "Cikgu! Macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga nak kekalkan Kasih Sayang itu?"
Cikgu : " Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang sekolah. Kemudian kamu berjalan di atas padang samabil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik TANPA menoleh ke belakang walaupun sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas."
Apabila Abu kembali ke kelas, tiada satu pun rumput yang dibawanya. Cikgu bertanya, "kenapa tiada rumput yang dipilih?"
Abu : "Tadi, semasa saya berjalan-jalan di padang, saya mencari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya rumput cantik, tapi cikgu dah pesan jangan menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."
Cikgu : "Ya, itu lah jawapanya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa seseorang yang kita SAYANG, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi. Ingatlah orang yang PALING kita SAYANG itulah yang PALING CANTIK dan BAIK walaupun mungkin banyak lagi yang lebih cantik."
p/s: "HARGAI LAH Orang yang TERSAYANG SELAGI dia masih lagi berada disisi kita. Jangan setelah dia PERGI barulah nak menyesal."
0 comments:
Post a Comment