Sunday, January 23, 2011

SeDih AkU PeDih...=p

[sekAdAR berKonGsi rASa diJiWa...bukAn nukiLAnKU...hAmpiRTePAT dgN aPA yGkU RaSAi...]

Hanya aku yang merindu
Sedangkan kau makin menjauh
Cuma aku yang tegak berdiri
Mempertahankan istana kasih kita
Tapi dirimu…..
Seringkali membisu seribu bahasa

Sampai bila?
Sampai bila harus kuteruskan
Jalinan asmara cinta ini
Yang jelas tidak pasti


Mungkinkah;
Buih-buih cintamu telah lama membeku
Andai;
Relung-relung kasihmu sudah tertutup buatku
Lepaskanlah…relakan aku pergi
Jangan terus menghukum aku begini


Fahamilah;
Mungkin suratan telah menentukan
Noktah cinta kita
Biarpun…
Pelangi cinta kita hanya tinggal beberapa detik sahaja
Aku REDHA!

Lepaskanlah aku pergi
Jangan terus menggantungku begini
Sedih aku pedih
Mengenang segala

Ku tahu hatimu bukan milikku lagi
Untuk apa aku berterusan
Menipu diriku sendiri
Untuk menutup mata dan memekak telinga
Aku telah sedar..
Dan aku telah lama merelakan kau pergi

Tuhan….
Tabahkan hatiku…dekatkan aku kepadaMu....

Take Care; 

Ays.  (^.^)v

0 comments:

Post a Comment