Sunday, August 18, 2013

BERUBAHLAH SELAGI WAKTU MASIH ADA.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.


Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....






Jika terdetik kat hati,
terniat nak buat baik,
InsyaAllah, 
Allah akan mempermudah.
Jangan risau.
Tajdidkan niat, ikhlaskan hati, banyakkan
istighfar.
Sama-sama kita berusaha selagi masa masih ada.
:')


Ya Allah yang Maha Mendengar, 
Berikanlah cahaya petunjuk-Mu kepada seluruh umat ISLAM, 
Pandulah KAMI yang masih buta di dalam cahayaMu Ya Allah, 
Masih teraba-raba di laluan yang rata. 
Ampunkanlah segala dosa-dosa KAMI Ya Rabbi, 
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun, 
Kurniakan KAMI kemanisan Cinta-Mu, 
Agar KAMI diizinkan mencium keharuman syurga-Mu. 
Aamiin Ya Rabbal Alamiin..

______________________________________


BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

Friday, August 16, 2013

SAYANG



Andai dapat ku tentukan masa depan ku,
akan ku tulis takdirku,
memori terindah untuk mu,
dicipta wanita idaman qalbu.

Begitu luas cinta ini,
seperti laut,
begitu setia cinta ini,
bagai bulan dan bintang.

Andai engkau sebuah lagu,
aku akan menjadi melodi untuk mu,
andai engkau awan akan ku jadi pelangi untuk menerangi hidup mu.

Engkau udara untuk ku bernafas,
engkau nyawa untuk jasad ku,
engkau anggota untuk tubuh ku,
tanpa engkau aku mati.

Budi , Di hati...

Budi bahasa tak dapat di beli,
maaf di pinta tolonglah beri,
Walaupun puisiku tak seindah pelangi,
namun ku ucap tulus nan dari hati.

Lembayung senja kian mengelap,
kapal merapat kembali berlayar,
bagaimana cinta mahu ku ucap,
rindu hati belum terbayar.

Penantian ini begitu lama,
menunggu waktu yang berputar,
masih adakah harapan buat saya,
menuju celah yang kian pudar.

Kapal belayar dilautan cinta,
ombak menerpa badai menghadang,
ingin rasanya untuk di cinta,
tapi hati membuat bimbang.

Ku angkat tangan kutundukan kepala,
mengucap doa juga meminta,
hanya pada Mu Allah yang maha Kuasa,
kuserahkan segenap jiwa dan raga,

Gelap terang suasana,
malam berlalu menjemput pagi,
ku ucapkan salam buat semua.







dari Fan Pages Lakaran PUISI.

Thursday, August 15, 2013

MERINDUKANMU

Detik waktu,isyaratkan namamu..
mengalir merdu,mengiringi setiap degup jantungku..
adakah engkau tahu,betapa di sini aku sangat merindukanmu..
dan berharap dirimu,juga mengalami hal yang sama seperti aku..

Untaian kasih ini terlalu panjang jika ku ungkapkan..
buaian cinta ini terlalu rumit jika kuutarakan..
bersamamu sayang, segalanya terciptakan..
bersamamu sayang, kasih ini selalu tersampaikan..

Raihlah rinduku dalam genggam tanganmu..
bawalah cinta yang mungkin akan menjadi hal baru dalam hidupmu..
buang egois itu, jauhkan cemburumu..
kerana aku merindukanmu selalu dalam hatiku..

KAU SUMBER IHLAM KU

Mencintaimu satu impianku,
menyayangimu satu hasratku,
berkasih bersamamu itu ku perlu,

hanya satu yang ku mahu,
dicintai oleh mu.
ku mencintaimu….

seperti jarum jam yang tak pernah berhenti berputar,
seperti matahari yang sentiasa menyinari alam ku,
seperti laut yang tak pernah kering dek kemarau.
bagiku kau sumber ilham ku,

kau penawar bagi ku,
kau bulan yang menerangi malam ku,
kau mimpi yang menerangi tidurku…

KETIKA AKU MENGINGATIMU


Bila dirimu akan kembali..
Menggenggam tanganku, tak akan melepaskannya lagi..
Mendengarkan keluh kisahku,
Aku terdiam.. mengagumimu..

Bila hadirmu kembali..
Hadir dalam sepinya hati..
Hanya kamu yang mengerti..
Hanya kamu yang mampu memahami..
Dan hanya kamu yang selalu kunanti..

Aku bagai jiwa kosong tanpamu..
Aku bagai seorang yang tak bernyawa..
Apa salah jika aku mencintaimu..
Apakah salah jika aku selalu menunggumu..
Apakah salah jika aku selalu mengingatimu

Cinta itu apa ?
Yang bagaimana ?
Seperti apa ?
Pertanyaan bodoh yang tak seharusnya engkau tanyakan kepadaku..

Aku merindukanmu, dalam suasana yang tak sama..
Dan dalam rasa tak akan pernah berubah..
Sampai bilapun..
Aku selalu lupa siapa aku, ketika aku mengingatmu..

Tuesday, August 13, 2013

Terima Kasih SAHABAT


Monday, August 12, 2013

10 Amalan Murahkan REZEKI


DOA memulakan tugas


Akhlak yang MULIA