Showing posts with label Me; Myself n i. Show all posts
Showing posts with label Me; Myself n i. Show all posts

Monday, October 10, 2011

L.I.F.E

Mad.
Happy.
Regret.
Cool.
Scare.
Crying.
Love.
Chill.
Smile.
Sad.
Hate.
Beautiful.
Curious.
Shamed.
Laughing.
Tension.
Stress.
Graceful.
Moody.


*Apa lg ekk....ermmm



Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 7, 2011

Minggu Pertama Puasa


Yeay...bulan Puasa tiba lg...ni bru Ay bkesempatan utk bcerita pasal bulan Puasa kali ini..klw dpnjgkn umur mungkin tahun depan plak Ay bcerita psal bln puasa tahun depan lak kan.ehee...

Ramadhan kali ni Ay sambut n berpuasa bsama keluarga lg sama sprti tahun lps. Klw dlu time study , Ay jrg dpt bpuasa sama2 ngn fmily, almaklumlh berada dprantauan, sedih jer time tuh..tp not bad la jgk dgn adanya kawan2 disisi..thanx friends...


Sambut puasa kali ni, Ay demam, nasib baik xderlh demam teruk sgt. Demam biasa jer, backpain, gglh..n yg paling xsuka, ulser dtg blik...aduyai..sakit + pedih klw nk bcakap..tahan n Sabar jer...Ay ni klw demam or xdemam, bukannya bleh duk diam. Ada jer xtiviti yg nk dbuat..xnk mngalah coz demam, demam2 pn g kerja, last2 g keje xleh nk buat kerja sgt..bdan Panas sgt..ehee...

Teringat final year dulu, Ay demam gak dbulan puasa, so far itulh yg xperience yg paling teruk kot, Ay demam xleh nk bangun-bangun langsung. Bygkn, 2 hari Ay terbaring jer, bgun utk mnDi pun kna papah kot, mnDi duduk. 2 hari jgaklh Ay xg klas. Hari 3 bru ok sdikit n g Pusat Kesihatan UiTM...Special thanx to gG Hazirah coz helping me at that time. Thanx dear roomate...

Itulh kisah demamku yg tak sudah2..setiap 2-3 bulan skali Ay sure demam. Alhamdulillah demamku skang ni xderlh melarat sampai berhari2. Dlam 2,3 hari jer biasanye..Biasala dugaan Allah swt bg untuk hambanya, tanda DIA sayang kita ummatNYA...

Ay ader lg continue citer khas utk bulan puasa ni..nntilah Ay sambung or cerita kmudian...mungkin by part kot...ehee...insyaAllah klw dipanjangkan umur ... AMIINN


Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, July 12, 2011

Nama - ABC

Ay ada baca satu artikel ini , berkenaan dengan nama la kan...ok baca kat link ni ..nanti korang faham la kot, ay xmo citer panjang-panjang sangat...ehhee...so, after that i've a conclusion for my name & tadaaa...


S - Sesalnya diriku jikalau aku lalai
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu
T - Tak mungkin aku kalah
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu

A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu
S - Sesalnya diriku jikalau aku lalai
H - Hatiku bersih dari dengki dan maksiat
A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
H - Hatiku bersih dari dengki dan maksiat


I'm not sure it can be trusted or not...its just for my motivation...i guess...
Nama itu doa dan senjata kepada diri anda.

Nothing again - SmiLe

Theres nothing interesting i can share today ..its just...im feeling not well..n a lots of works had to be done...
macam-macam hal related...apa-ape pun...

SMILE...(^____^)v...for whatever happen today or yesterday or da day before yesterday...thats da best way to cheer up...ehhee...

lets SMile...(^_^)v...smile for a mile..(^_______________________^)v peace....


Tuesday, June 28, 2011

ARCHIDEX 2011

ARCHIDEX 2011...apa tuh?...ehehe...let me tell u.



I’m here to share about an event that I’m really looking forward to attend back in Malaysia. The DATUM forum may not appeal to the general public but I reckon you should visit the Archidex exhibition which happens concurrently with the forum.

ARCHIDEX 2100 ; ARCHIDEX is an annual showcase of the latest in architecture, interior design and the building industries that brings together local and international architects, interior designers and building professionals.

The exhibition also plays host to a stimulating list of key conferences, forums and networking sessions held concurrently to complete the experience. 

It is the strategic place to be informed, to update, to network and keep abreast with developments of the industry in this region.

Now in its 12th consecutive year, ARCHIDEX remains the biggest event in Malaysia for the architecture, interior design and building industry. The four-day event has become the region’s annual gathering of industry best from locally and around the world to source for the latest products and services in architecture, interior design and building industries.







And this is my INVITATION CARD but didn't receive MY PERSONALISED EXPRESS TAG YET. maybe i'll collect it at the EVENT this 01 JULY  2011...I'll be there for two days. See you guys there...insyaAllah..(^_^)v.





Monday, June 20, 2011

Kasih Sayang Sejati

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.



Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
ingat :


Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang yang 'salah' sebelum kita bertemu dengan orang yang betul, kerana Allah mahu kita belajar tentang hikmah dan nikmat sesebuah perhubungan itu.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. Dan ibarat kata miss Y, kita tak perlu merasa menyesal dengan sisiapa pun yang kita jumpa. they teach us a different lesson..


credit to : Miza Suzila, she gave to me...thanx to u dear...(^.^)v

Saturday, June 18, 2011

Looking for DSLR

Yup...i'm looking for DSLR ...and still searching dan juga sedang penuhkan tabung DSLR yg makin berbukit-bukit...ehhehe...tak sabar nak beli nih...disamping itu jug ay ada la jugak buat research psal DSLR ni and of cos should be la kan...and here a few selected types of DSLR yg di suggest oleh otai Photography Malaysia kita ini, iaitu mr MOHD RED @ REDphotography ...
Ok antara jenis-jenis yg terbaik 2011 yang beliau suggest kan adalah :

CANON
  • Canon EOS 60D
  • Canon EOS Rebel T1i
  • Canon EOS Rebel T2i
  • Canon EOS Rebel T3
  • Canon Rebel T3i
  • Canon Rebel XS
NIKON
  • Nikon D3100
  • Nikon D5100
  • Nikon D7000

Ok...itu lah antara list yg digalakkn/yang layak untuk dibeli oleh para photographer including me, wlwpn bukan pro yet...Zero to Pro soon..insyaAllah..ehehe....tapi banyak sangat lak listnye...mane 1 nak pilih pun tak tahu la....huhuhu...kena check specification for all those yg ada dalam list nampak gayanya...huhuhu....

Ntah bila la ay baru dapat pakai DSLR ni...Hati membuak-buak nk snap gambar... camera Sony ku plak dah arwah...sedih sangat...Hobi lama dah makin sepi...sekarang ni harapkan camera kat HP jer...mane cukup...kurang feel la...ehehe...tapi, at least ada camera 8mgpix, oklah tuh...but can't snap all the times, kang rosak nnti, susah jugak kan...hurmmm...DSLR, i'm looking for u...huhuuu...

InsyaAllah..sedikit lagi usaha, impian kecil ku akan ku capai...amin...Ganbatte kudasai sharq....u can do it...InsyaAllah...

Chiayokk....(^_^)v....




Wednesday, June 15, 2011

Orang kata Cinta Datang & PERGI


Orang kata...
CINTA datang dan PERGI..
orang kata..
CINTA datang ketika hati kita sepi dibuai mimpi...
orang kata lagi..
.CINTA tak seindah seperti yang kita hajati..
orang kata lagi...
CINTA tak mungkin sehidup semati...


org kata juga..
kerna CINTA kita merana...
orang kata juga...
kerana CINTA kita sengsara..
CINTA oh CINTA...hanyut dalam CINTA...
yang aku sendiri tak paham kenapa..
baik la CINTA pada ibu bapa...
ayah  bonda...
mungkin lagi diberkati...
juga CINTA pada ALLAH swt, lebih afdal...
hidup cume sekali...
aku...
ingin sekali...


hadirnya seorang lelaki...
yang dapat menyemai CINTAnya pada ku...
juga pada Ilahi...
aku juga inginkan lelaki...
yang hanya ada aku...
AKU...
dan AKU...
sungguh aku tak mengerti apa erti cinta..
bagi aku CINTA itu satu..
CINTA pada diriNya...
AMIN....


Hargai Dirinya Seadanya

Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.  Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.




Soal HaTi

Persoalan-persoalan yang selalu terjah dalam hati ku...

_Ay sering tertanya tanya..siapa Ay dimata dan apa kepentingan ay pada orang lain???...

_Ay sering juga menyebut nama orang dalam doa seharian Ay & ay tertanya adakah nama Ay juga terselit dalam doa mereka juga...Might be, my parent as always akan masukkan nama Ay dalam doa mereka...

_Ay selalu juga melihat/mengutip segala kenangan yang ay ada, recall @ flashback, dan akan tertanya tanya adakah orang lain juga buat sebegitu untuk mengingati ku...


_Ay sering merasakan beban terlampau berat sehingga ay sukar untuk melangkah dan bernafas, adakah ini terlampau berat untuk dipikul ?...

_Ay sering cuba menghargai perasaan yang wujud dalam hati ay yang jarang sekali wujud untuk orang lain...pengalaman mengajar ay erti hidup...& disebabkan itu juga Ay dah jadi cam Phobia untuk membenarkan hati ini disentuh...

_Ay sering keliru dengan perasaan sendiri, adakah gembira untuk orang lain bermaksud derita untuk diri sendiri?...gembirakah aku???...for sometime YES...

_Ay sering tertanya tanya adakah tindakan dan perasaan ay ini berbaloi atau tidak...ada feed back or tak ???

_Ay sering tertanya tanya siapakah yang boleh menjawab segala persoalan dalam hati Ay ni yang sedang 'huru-hara' ini...




Could they share the same feeling ?



Saturday, June 11, 2011

JOm balik kampung

Today...me n my family balik kampung...yeay...dah lama tak balik...ehehe...sha jer yg dah lama tak balik, myparent selalu jer balik coz sekarang ni nenek selalu jer sakit-sakit...Sha baru ada masa arini nak balik, sebelum ni asyik busy jer, buat itu, buat ini, asyik kerja jer manjang. But today, ada masa lapang sikit, ambil kesempatan ini balik kampung...hehe...macam la jauh sangat kampung tuh, hehee...dekat jer sebenarnya, dalam 30-45 minit perjalanan jer kalau tak jem la. Kalau jem, memang ambil masa lebih lagi of coz la kan.

Pergi tadi pun dah agak lewat, almost dah nak masuk lunch hour. But its ok for and them, janji sampai sane & jumpa nenek yang sha n family panggil MAK@MOK...Kampung sha tak jauh sangat, dekat Kg. Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan jer. Yang best nye balik kampung , satu jer yang sha suka kalau ada peluang time balik kampung tu, dapat pergi pantai...ehehe...Yup, kampung sha dekat jer dengan pantai, iaitu Pantai Sri Tujuh. Kat situ chalet pun ada. Macam-macam ada.hehee...So, tadi lepas jumpa Mak & the others including cousins Sha & family, Abah, Umi & Dania went to Pantai Sri Tujuh. Dah lain dah sikit keadaan persekitaran area Pantai Sri Tujuh, dah tak macam dulu-dulu, 10 years before..ehhee...well, biasala kan, perubahan lanskap dan landmark sentiasa berlaku mengikut peredaran masa la kan.hehee...Seperti biasa sha mesti akan snap pictures where ever i go...ehhee...

Nia bersama Milah the cat...ehhee
Tumpat, destinasi terakhir keretapi untuk ke Pantai Timur, right?...hehe..so, of coz sha ada snap juga gambar di stesen KeretaApi Tumpat, time nih, ramai orang tengah tunggu keretaApi untuk ke destinasi pilihan mereka. Time sha snap pictures nih, keretaApi tak sampai lagi. Agak sayang disitu...Tapi tak apa, ada jugak gerabak keretaapi yang lain kan...ehhee...

Time kat rumah nenek tadi, ada sekor kucing nih, comel sangat-sangat...manja lak tuh. yang tak tahannya nama apa tau, MILAH....hahahhaa...lawak giler bila dengar, tak tahu la sapa yang bagi nama tu, kucing tuh lak macam  tahu Milah tu, nama dia bila orang panggil die untuk makan or else.....ehhehe...

okes, ada banyak gambar yang sha snap untuk entry kali ini,  tengok la ekk...ehhee....semuanya sepanjang pergi/balik kampung tadi...

Ayam katik my Nenek punya kot..die tgh guling2 kt atas psir kt umah nenek.

view kt pantai Sri Tujuh...

Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh lg...abg tuh tgh mancing ikan...time ni die dh dpt kot...

Chalet pun ade...nun di seberang sane...

Gerai hasil jualan ikan kering & mcm2 lagi berkaitan dgn hasil laut.

Sape x kenal ni xtau la...Ikan kering tgh di jemur@dikeringkan Naturally.

Ni nama die LOKAN ...Ay pernah makan.Tak tahu la camne rasenya.

hehee...Budu pure punyer. Siap ad budu version raw lgi tuh...

Guess what ... KUBU tinggalan zaman jepun.

Tumpat

Stesen KeretaApi Tumpat, Kelantan.

Stesen KeretaApi Tumpat, Kelantan.







(^_^)v

Friday, June 10, 2011

Biar betik!!! - Tupai Obes

ahhaha...apa yang biar betiknya...ehehee...xdepape , ni hah tadi ay baru terbaca berita, baru ada masa nak baca...ehhee...at least baca jugakkan...yang 'biar betik' nya coz of this story...ehehe...jom kita baca...ngeee...

Tupai obes ditemui
LOS ANGELES - Seorang jurutera perisian, Marina van der Linden merakamkan gambar seekor tupai yang obes di Taman Morro Rock Park, California, lapor sebuah akhbar semalam.
TUPAI obes yang dirakamkan oleh
Marina van der Linden di Taman Morro Rock Park,
California baru-baru ini.
Dia merakamkan gambar tupai itu semasa melawat taman tersebut baru-baru ini.
Marina berkata, dia menemui tupai tersebut semasa memberi sekumpulan haiwan itu yang gemuk makan kacang.
Menurutnya, seekor daripada kumpulan tupai itu dilihatnya cukup besar.
"Tupai betina itu cukup besar dan saya berpendapat ia berlaku kerana para pelancong memberi haiwan itu makan," katanya.
Marina berkata, dia terpaksa merakamkan gambar tupai itu dari jarak jauh kerana tubuh haiwan berkenaan yang terlalu besar.


ahhahahaa......SIHAT betulkan tupai ni...ehhehee....


Omg...oh! Tidak...

Huhuu....omg.omg....oh my god!!!.. Terkezut . Terkedu. Semuanya ada...mane x nye...tgk angka yg muncul Di skrin timbang berat td...mmg OMG la...camne la boleh jadi camtu..TAK bleh jadi ni...i have to do something ni...actually dah lame ay nak terfikir tapi buat nya tidak...

Ay nak sgt berat badan macam 2 tahun lepas..time tuh turun mendadak dalam masa 2 minggu turun about 4-6 kg i think...muka jd cekung gler...member yg ckpla...nape bleh turun mendadak tu ya, ok...salah satu sebabny time tu tgh Final Exam+Final Presentation Final Year Project during study kat UiTM Shah Alam dulu...dicampurkan dengan Break Off dgn ExBf after abis jer Final Present...Memang mantop la time tu...Ay hanya tersenyum dengan semua yg terjadi...cayalah....hahaaaa....nazak kdg2 tuh, bila dah TAK tahan sangat...heehee...biasala perempuan kan..hehee...

But now, lepas blik dr abis study n duduk lak dgn family dengan bahagianya maka...semakin hari smakin chubby kot.....huhuuu...bahagia sgt duk ngn family camni lah jd nya kot...nk mkn ape, cari jer kat dapur or kt lebih then masak....hahahaaa....


Iskhh...TAK leh dah...kena kawal dah...Sharq stop it k...ingat nnti SAHAM makin turun baru tau kang...hahaaa....

Chiayok....sharq...ganbatte kudasai...kembali kan body pd 2 tahun lepas k....time tu u Memang cun lah...hahaaa...puji diri sendiri nih....hehee....apa2 pun janji ku bahagia ..bahagia ker???....

Before & After (2 years ago)...
n now going to be 'Before' again??? What?
(^_*)v



Published with Blogger-droid v1.6.9

xtiviti di hari minggu

ermmm... i'm not really know what im going post this time...ehhehe....Ok ...today nye xtivit ay agak byk la jugak....ni pun still tired but still have extra energy....ehehe...

_Morning & Evening

Harini hari minggu, hari minggu???...yup...hari minggu la, yerla ay kan stay at Kota Bharu, with my lovely family n of coz here hari minggu nya hari Jumaat & Sabtu...=)...but today ay bangun agak awal, mungkin jugak coz of, malam tu ay tidur awal sangat , lam pkul 9-10 dah tidur dah coz of stomach pain, girl things..oopppsss...ehehe...
Bangun pagi gosok gigi and mandi...alalaa...sambil nyanyi...cewahhh...ngee...after settle everything, me n mydad_Abah with Dania, kuar g cari breakfast...sekali sekala beli coz pagi ni teringin nak makan nasi ayam gulai yang best tuh, tp alih-alih tak dapat gak makan coz kedai tuh tak bukak hari jumaat..ay lupa...

so, sy g la cari mknan lain, last2 terfikir nak makan nasi Ayam Kampung Berempah kat belakang Billion, yang 'SOHO' tuh,..yeay...dapat makan jugak Nasi Ayam Kampung Berempah yg tuh...best tau...korang patut cuba kalau datang ke Kota Bharu. Nasi Ayam Kampung Berempah ini buka belah pagi dan habis biasa nya pukul 10-11...after that xder dah...memang cepat SOLD OUT...almaklumlah, ramai sangat orang suka...

After get breakfast, bermulanya xtiviti HARD kat rumah ni...ehehe....biasala kalau dah hariu minggu, time ni jerlakan kita ada masa untuk buat macam-macam hal kat rumah ni kan...so, seperti biasa bila ada masa lapang kit & ada semangat nak buat kerja lebih macam-macam ay buat antara nya kemas dapur yang dah macam ntahla, agak bersepah sikit la coz baru-baru ini ada buat makan-makan sikit kat rumah few days before, so, banyak gak la pinggan mangkuk , bowl & everything nak kena simpan, so mengemas la diriku di dapur itu sorang-sorang tau...jgn marah...ngee...ay lebih suka buat srg2 time tgh bersemangat nih...baru lah tak berserabut kan....last but no least xtiviti basuh pinggan mangkuk yang bersusun dalam sink...mak aii...banyak tuh...huhuhu...hurmmm...xper...redha jer...biar lah bagi Umi rehat lak...ngeee....after that xtiviti membasuh baju-baju bucuk banga yang ada la lebih kurang seminggu tak basuh...ehehe...seminggu jer pun...bukan sebulan...ehehe...alhamduilillah hari ini, cuaca agak baik, panas yang boleh mengeringkan baju yg banyak tuh...

TAPI...uhuhuuhu...tengah-tengah sidai baju menunggu kering...dengar macam hujan jer, tp tengok kat luar, pokok tak gerak pun, (bajet tak hujan la kan...)...alih-laih brrrruuuuuuu...hujan lebat giler lah...tak sempat nak alih baju kat ampaian bergerak...huhuhu...cepat2 ay g alihkan ampaian bergerak tuh ke tempat yg teduh...nasib baik sempat la jugak alih...basah jugak la baju di ampaian tuh...hehhee...n me also basah sikit terkena hujan...hope tak demam nanti...amiinn...

Ini la E'Boque
DURING buat semua tuh, ay ade gak menyelit kemas dalam rumah , mop lantai, cuci-cuci apa yg patut kat Living Area & so on la...selepas dah settle buat apa yang patut ay bagi to all mylovely cats yg kesemuanya berjumlah 12 ekor itu, bg makan & minum untuk lunch & mkn malam juga...tadi main-main dengan baby cats a.k.a kitten , so sweet...comel2 jer semuanya...ehhehe...suka sangat dapat main ngan kucing nih...hilang stress & hilang penat ku untuk sekejap..hehehe...i like & LOVE cats...tp ay ada alahan dengan bulu kucing...ehehe...so, setiap kali lepas main ay kena basuh tangan la & time main jangan peluk cium la..kalau tak penyakit haachuuummm datang serta merta la...ehehhe...tapi ay xkisah semua tuh,  coz ay sayang kucing-kucing ay sangat... especially Eboque...dan baru-baru ini, Janet, anak eboque yg seakan dgn eboque telah PERGI untuk selama-lamanya..sedih sangat..tp apakan daya..kena Redha dengan pemergian ia...hmmm...


Dan ini lah JANET...
gonna miss her so much...she's GONE forever.

Bila ay tengah bersemangat punya pasal, macam2 ay buat...i like...ay suka tengok benda yg dah jadi AFTER...HASILNYA...konsep BEFORE & AFTER...of coz la yg after tuh yang dah kemas, cantik, clean jer kan...hehehe...same Concept with my work & my Design...BEFORE & AFTER...insyaAllah kalau ay ada kesempatan untuk share ay punya kerja nanti ay share...insyaAllah...

Wednesday, June 8, 2011

Earning more money

How??...banyak cara nya nak earning more money actually..semuanya atas diri kita sendiri la kan...kena usaha lebih, kalau malas menguasi diri, memang tak dapat apa-apa lah...harap sajalah kan....

so, USAHA dan teruskan USAHA untuk dapat kan duit lebih. Jangan biarkan Malas menguasai diri.

Ays sebenarnya nak try earning duit from this blogging, coz ay tahu diluar sana betapa ramai blogger sekalian yang dapat duit from blogging. Ay pun teringain jugak la kan. Dapat sikit pun jadikan. Sikit-sikit lama jadi bukit. Tak gitu...ehhee...ermm...nanti ay nak try usahakan bagaimana cara-caranya nak earning duit from blogging...

Ganbatte Kudasai...(^_^)v...Morning...

Tuesday, June 7, 2011

2 tahun

2 tahun dah berlalu...2 tahun juga ku memendam rasa ini daripada DIA....sejak hari ITU, sampai hari ini, ternyata aku tidak mampu menipu diriku bahawa memang aku rindu dan sayang dia...Dia Cinta pertama aku...Dia juga yang membuat aku kenal erti cinta tapi apa yang aku dapat pada semester akhir itu???...kenapa aku diberi ujian sedemikan, dahla semester akhir di tahun akhir aku di universiti???..kenapa dia buat begitu pada aku...apa salah aku???...kenapa???kenapa???...persoalan itu masih belum terungkai sampai sekarang....aku pernah tanya dia ker??...ntahla...aku dah tak ingat....=p

Memang sedih sangat dengan apa yang telah terjadi antara kami....aku tak tipu aku memang rindu dia...selama 2 tahun kami berkenalan, aku tak pernah menduakan dia, tp dia???...Unfaithful...Apa salah aku??..

Selepas hari itu, sampai sekarang u tak ada khabar berita, u terus mendiamkan diri...mungkin u malu dengan bukti-bukti yang sha jumpa/dapatkan...Selama 1 semester before my final presentation/exam, sha bersabar dan sambil itu jugak lah sha korek segala rahsia yang u simpan...sampai hati u buat sh acamni...sha tak paham...kenapa u buat sha camni...apa salah sha...kenapa???...hurmmm...rasanya sampai bila-bila pun sha tak kan dapat jawapan itu...


Biarlah ia berlalu pergi...Life Must Go ON...

Chill out Babeh....(^_^)v

Monday, June 6, 2011

Alahai duri

Duri...duri...TAK abis abis dgn duri...mlm ni pekena duri lg...penangan ko mmg hot la...yuhuuu...

Kenyang sungguh dpt pekena durian lg untuk mlm ni...mkn ramai- ramai...dh jd cam majlis pjumpaan lak...kesyukuran maybe...alhamdulillah mengeratkan lgi hubungan kekeluargaan...

Of cos cam biasa ay mesti snap gmbar...nnti ay upload esoklh...hehee...



















Published with Blogger-droid v1.6.9