Saturday, January 28, 2012

Surah2 yg baik untuk kita baca...

Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

Thursday, January 19, 2012

Izinku

Aku telah membenarkan diri ku untuk melepaskan mu...
Kita bukan ditakdirkan untuk bersama...
Aku redha dengan ketentuannya...
Ada hikmah disebalik semua ini...
Semoga kau peroleh insan yg lebih baik dari diriku dan jaga dia sebaik yg mungkin...
Ku milik yg terbaik untuk ku...dan bukan kau...
Jodoh ku akan datang padaku suatu masa nanti...insyaAllah...
Setiap insan didunia ini, Allah telah takdirkan Jodoh buat hmabaNya...
Sabar kunci segala2nya...;)

Bersyukur dan Berbahagialah...

‎~✿>> BERSYUKUR dan BERBAHAGIALAH kerana selama kita BERNAFAS di dunia ini, kita masih dikelilingi orang-orang yang tidak lelah dan TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA untuk MENGINGATKAN dan mendorong kita untuk BERBUAT kepada KEBAIKAN..nikmatilah, kerana suatu saat nanti..akan tiba masa, ketika hanya diri kitalah satu-satunya yang menjadi PENGINGAT atas diri kita sendiri..♥♥

"Oleh itu berilah PERINGATAN, kerana peringatan itu BERMANFAAT.."
(Surah Al-A'la : 9)

Jika SESAT , DIA (ALLAH) sentiasa ADA

Jika SESAT di hujung jalan, baliklah ke PANGKAL JALAN..
tetapi jika jalan sudah BENAR namun pelbagai MASALAH menghalang, JANGAN BERPATAH BALIK.. teruskan PERJALANAN.. jangan pandang pada KETENTUANNYA.. jangan pandang pada MUSIBAHNYA, jangan pandang apa yang dihadapi.. susah mahupun senang, semuanya dari Ilahi.. semuanya punyai MAKSUD yang tersembunyi sekiranya dirimu MEMAHAMI dan MENGERTI..

~ Ingatlah.. segala NIKMAT yang ada padamu adalah datangnya dari Ilahi , kemudian apabila kamu ditimpa KESENGSARAAN, KEDUKAAN dan KESEDIHAN.. maka kepadaNyalah kamu perlu meminta PERTOLONGAN.~

Harga diri

“Tidak sempurna agama orang yang tidak memiliki harga diri, dan tidak memiliki harga diri orang yang tidak berakal. Sesungguhnya orang yang paling agung nilainya adalah orang yang tidak menganggap dunia sebagai satu nilai baginya. Ingatlah, harga badanmu ini adalah surga, jangan engkau menjualnya dengan selainnya”...

ingat yer semua bagaiman nak jadi insan yang cemerlang?
insan yang cemerlang datang dari akal
hatinya yang tenang dan jiwanya yang kuat!

Jika sendiri...

>♥ Jika SENDIRI jangan marasa SEPI.. ♥ ..Ada ALLAH yang MENGAWASI.....
>♥ Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI..♥ ..Ada ALLAH tempat BERDOA.....
>♥ Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI.. ♥ ..Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI.....
>♥ Jika SUSAH jangan MERASA PILU.. ♥ ..Ada ALLAH tempat MENGADU....
>♥ Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA.. ♥ ..Ada ALLAH tempat MEMINTA.....
>♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi LUPA.. ♥ ..Ada ALLAH tempat BERSYUKUR....
♥♥ Ingatlah ALLAH sentiasa ADA disetiap WAKTU kita ♥♥

Wednesday, January 18, 2012

Ku Pohon Cintaku Dikunci Rapi

Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji

Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaanMu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi

Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari

Cinta..
Kenapa dikau selalu disalaherti?
Dituduh,dihina..sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri

Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali

Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami

Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni

Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?

Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri

Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi

Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini



Cinta..
Percayalah,andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri

Cinta..
Aku ini seorang lelaki
Miliki gelojak nafsu juga naluri
Semoga dikau tidak membawaku ke jalan mati

Cinta..
Aku ingin miliki seorang suri
Kalau bisa,seanggun bidadari
Namun semuanya dalam lukisan rezeki..

Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami

Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku ingin menimba ilmu Ilahi

Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi...

- Artikel iluvislam.com

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.





Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..

- Artikel iluvislam.com

Monday, January 9, 2012

Cinta satuan dua hati

cinta bukan satuan dua hati
namun paduan dua jiwa
cinta takkan pernah terjadi
jika dua hati tidak termeteri

namun apa ada dengan cinta
jika hanya cuma nafsu
yang kian menggoncang dunia
lewat hari ini

namunku kuatkan hati
merasai sendiri nikmat cinta itu
karna kita takkan pernah tahu arti yang sebenarnya
jika tidak pernah belajar memahaminya

cinta itu sendiri bukan untuk melemahkan
namun juga membangkitkan semangat
jangan pernah takut untuk jatuh cinta
karna setiap perhubungan itu pasti dilanda badai

kuatkan hati teguhkan iman
karna dengan itu sahaja
dapat menjamin cinta sejati
hingga ke syurga firdausi

Sunday, January 8, 2012

Bermohonlah daripadaNYA ALLAH SWT

Apabila DIRIMU MEMINATI SESEORANG, BERMOHONLAH kepada ALLAH SWT agar HATINYA akan KAMU MILIKI . 

jika KAMU SANGAT MENGINGINKANNYA DENGAN SEBENAR-BENAR KEINGINAN , maka BERMOHONLAH DENGAN SEBENAR-BENAR PENGHARAPAN . 

JANGAN SESEKALI KAMU MERAYU PADA SI DIA , kerana BICARANYA MUNGKIN AKAN MEMBUATKAN KAMU TERLUKA . 

Apabila HATI DIPERSENDA , PASTI SEBUAH KEKECEWAAN AKAN MENERPA . 

Namun , jika DIRIMU MEMOHON TERUS KEPADA ALLAH SWT , PENCIPTANYA , DUA KEMUNGKINAN SEDIA MENANTI KAMU , iaitu MUNGKIN DIRIMU MENDAPATKAN HATINYA atau MUNGKIN KAMU AKAN MENDAPAT SESEORANG YANG LEBIH BAIK DARINYA .(=