Monday, January 2, 2012

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

'BEHIND THE SCENE'

ALLAH takkan sayang kita kalau dia TIDAK menguji kita,
selagi kita tidak diuji 
selagi itu kita tidak akan sedar masih terdapat cerita 'BEHIND THE SCENE' yg kita sendiri tidak nampak sebelum kita diuji...
betul tak?
memang perit apabila melalui setiap ujian itu,

cthnya:
(mata bengkaklah sebab nangis,hati sedihlah,makan tak lalulah (cara utk kuruskan badan ni ahax)
sebab kita tak ready dengan semua itu,
tapi ingat satu sahaja..
sebab apa ALLAH berikan ujian sebegitu kepada kamu?kadang2x bukan sekali diuji mungkin 2 atau 3 kali kamu diuji...
because ALLAH love u SOOO much!!..maknanya setiap ujian itu adalah PERINGATAN!peringatan yg berkali-kali supaya kita sedar apa yg kita dah buat...

♥ sebab setiap ujian itu pasti ada hikmah yang tersembunyi,yg memberikan kebaikan kepada kamu...

Jangan takut

Jangan takut pada kegagalan sebab kegagalan itu yang akan 
membawa kita kepada kejayaan satu hari kelak...
tetapi jangan pula alpa pada kejayaan yang kamu perolehi kini..
kerana kealpaan itu yang akan membawa kamu kepada kehancuran jika kamu lupa dan 
lalai untuk mengekalkan kejayaan itu..

Women in Eyes of Allah - Dr Harlina (Twins Of Faith 2011, PICC)

"Submission to Allah is our focus. Women never submit to men. You don't belong to your husband. You don't wear hijab because of men. If you do, then you are not doing it right. You can have the worst man as your husband (think Asiah & Firaun) OR have no husband (think Maryam), you still can be the best woman in the eyes of Allah. OR you can have the best man as your husband (think the wife of Prophet Lut a.s and Nuh a.s), and you still end up so screwed. So your worth is not defined by men. Men is just your ticket to Jannah.

But although u don't need a man to attain Jannah, and you don't need a man to be the best and reach your maximum potential, don't close your heart to man. Allah has promised for every toyyibat, He will send a toyyibin. SO pray and believe He will grant you the toyyibin"

Hati ini Miliknya

Hati ini milik Allah. 
Pemilik hati ini juga milik Allah. 
Lalu, mengapa harus bersusah payah mencari jika 
segalanya atas aturan Allah. 
Biarkan Allah mengaturnya & kita terima dengan 
berusaha, redha serta syukur.

Sunday, January 1, 2012

Jika dalam cintamu...

Jika dalam cintamu....
hatimu lebih sering terluka olehnya....
Maka lepaskanlah dia dari genggamanmu....

Jika dia memang cinta sejatimu,
Dia akan kembali sebagai belahan jiwa yg memuliakanmu,,,
dengan menikahimu...

Tapi jika dia tidak kembali kepadamu,
Memang dia tak direncanakan untukmu..
Hapuslah sedihmu,Indahkanlah dirimu...
Persiapkanlah ruang dihatimu dengn cinta yg Baru..
yang lebih baik dari dia...Cinta slpas Nikah...InsyaAllah(^^)

Gagahnya seseorang Perempuan

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...

2012


‎:: ♥ 2012
menandakan tempoh kehidupan semakin hari semakin pendek
setahun telah berlalu, dan belum pasti akan hidup untuk setahun yang akan datang.


mengingati mati.


tiada apa yang gembira sebenarnya,
kerna hakikatnya diri perlu sedar tempohnya semakin singkat di dunia.


berhijrah,
moga ia menjadi tahun yang lebih baik dari sebelum ini.


insyaAllah
amin~


mari sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah
bermula dari awal, hingga ke hujung usia~ ♥ ::

Doa ku



“ALLAHUMMA SA KHIRLI ZAUJAN SOLIHAN YAKHTIBUNI WAYA TAZAU WAJUBI 
WAYAKUNU SOHIBAN LI FIDDUNYA WAL JANNAH” 



Maksudnya: " Ya Allah Ya Tuhanku, pilihkan daku suami yang soleh, 
dia meminangku dan mengahwiniku serta jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurga kelak."

New

New day...New life..new year..new for everything......

insyaAllah...i'll make it...aminn...insyaAllah...